Kem paling menyeksakan tapi Best

Asalamualaikum 

Dah lama takupdate blog *lama ke ? Hhaha . Agak lama jugakklha . Harini adah nak cerita pasal Kem D'semungkis dekat Hulu Langat , kampung atok mia :'( Tempat pakngah and atok mia disemadikan :/ Kuat adah , kau kuat adah ! Tukar topic . Takbanyak ahh cikgu buat aktiviti , tapi ia menyoronokkan . Kem paling simple pernah adah pergi . Best giler even simple sangat kem tu .

Sampai-sampai je mia kene letak beg dekat kantin and makan ,. Sebelum makan adah usha dulu permandangan dia . Lawa and cun sebab kemnye dalam hutan . Sampai-sampai je dah dengar air sungai yang deras . Fuhh --' Then lepas je dah usha tempat cikgu suruh makan , bertolak pukul 3 sampai pukul 5 . memang penat sebab perjalanan jauh sangat . Kejang gile bontot adah dalam bas tuh .

Lepas makan , pakcik kem bagi kiteowg kunci untuk bilik . Bilik adah muat semua budak perempuan sebab bilik tuh besar gila gedabak . boleh muat 40 orang ahh . Then , cikgu suruh siapkan diri for solat and turun dewan buat aktivit pertama . Memang gila best ahh aktiviti tuh . Cikgu bagi ceramah tuh spoting gila vavi ahh . Then sampai pukul 7 kiteorg punye aktiviti kiteowg gerak masuk bilik siapkan diri . Perempuan ada dalam 16 orang bilik air ada 5 . Ahhh , kene tunggu bagai . Ingatkan punye best tandas nak mandi , rupenye mandi dalam jamban . sumpah tak selera nak mandi .

Then lepas solat sama-sama dalam bilik even takde imam , cikgu suruh berkumpul utk makan . Hah , adah ni kalau bab makan number satu . setiap kali makan , adah akan potong barisan orang takkira laki or perempuan . kecoh gila ahh . Then lepas makan balik dewan , ada permainan ceramah buat . Mula dari situ adah dah jumpe sorang mamat . haha , serius adah taktau ape nama mamat tuh ,. adah teringinnnnn nak tau . Then , adah asyik pandang dia je .

Lupekan pasal mamat tuh . Then cikgu pulak bagi kiteowg tido pukul 10.30 , sebelum tido cikgu suruh makan . Tapi adah tak makan sangat sebab kuih dia adah takminat . Lepas tuh masuk bilik , sembang dulu and then paling menyeksakan bila takde line maxis . woaaa , serius hutan gila ,. nak cari line kene duduk luar , tu pun ada satu je . lebih menyeksakan bila kawan adah curi line maxis adah . kejam sungguh . Then dalam pukul 11 lebih adah tido . Bila bangun je tengok semua dah mandi , cuma tinggal adah and 2 orang budak form 5 yang belum bangun .

Lepas mandi and sembahyang ramai-ramai dalam dewan cikgu cakap 'lepas sembahyang pergi dewan makan' masa tuh baru pukul 5 lebih . adah dah cakap dengan kawan-kawan . tapi dieowg taknak dengar . dieowg cakap pukul 6.30 baru makan . bila dah pukul 6.30 , semua kelam kabut keluar nak makan . lepas tuh cikgu najib cakap makanan dah habis budak laki makan then cikgu cakap 'siapa suruh kamu keluar lambat ?' then adah bengan adah suruh yang lain pergi dewan makan and mogok . Then tanya makcik masak . makcik cakap 'belum makan lagi dik , baru nak buat air' ahhhh --' kejam punye cikgu .

Then cikgu suzila pulak gelakkan aku sebab muke adah merah tahan marah . cikgu suzila suruh masuk dewan for bagi kumpulan untuk flying fox and climbing wall . adah dah teruja sangat masa tuh . adah dapat kumpulan 3 and mamat tuh dapat kumpulan 2 . hancur harapan adah :/ . Then nama kumpulan adah 'Beauty in the beach' Nama kumpulan mamat tu 'ultraman' . Agak kelakar . Then cikgu suruh makan . Adah pulak perli cikgu najib 'makan lha katil dalam bilik tuh sampai lebam' budak semua gelakkan .

Lepas makan buat senaman pemanasan badan dulu . Bila dah panas kene tunggu orang yang ambik alih aktiviti climbing wall and flying fox tuh dah datang , lembab gila babeng . Dalam masa yang sama , adah usya mamat tuh . Hahha , kelakar gila muke dia . Bila orang tuh dah sampai , dia bagi taklimat and buat sikit aktivit sebelum panjat climbing wall . Kene baring atas tanah , tonyoh muke dekat pasir , kene melompat ,. habis muke dah macam askar . baju adidas adah kotor gila .

Then , lepas je habis buat tu kumpulan satu kene buat climbing wall dulu . Nengok dieowg naik bukan main senang . Bila adah naik , hah bontot susah naik . Berat --' . Tangan adah asyik terlepas dari batu sebab tangan adah licin . Then adah dah putus harapan timr tuh . Tangan adah licin and kasut adah licin . adah takboleh . dengan Bismillah adah dah sampai .Then bila dah sampai atas , nak turun dia paling seksa . Kene lapor diri . Cenggini ' Penyelamat , saya Nurul Damia Aqilah Binti Othman minta izin untuk turun dengan teknik normal repairing' Cenggitu ahhhh .Seksi ouhhh .


Climbing Wall

Even ni bukan adah , tapi ha , cenggini lah climbing wall dia . time turun pulak kene lompat bagai . Haish , susah . Lepas je buat bende ni adah pergi makan . lepas makan adah kene kumpul sebab adah kene dengar taklimat pasal flying fox . Then turn adah lama gila . Adah penat sangat . adah pun tido dekat dewan makan sementara tunggu turn . Lepas je mamat yang adah minat tuh turun , cikgu suruh adah pakai mamat tuh punye harnest (tali letak dekat pinggang) Perghh , suka gila . Then adah pun pakai and semangat nak naik flying fox

Lepas semangat , adah naik bukit dengan syakila ., Naik bukit macam naik gunung , tak tinggi pun tapi suram ahhh bukit tuh . Adah penat and rasa nak jatuh pun ada . Then dah sampai adah baring sebab yaallah , penat tahap gabann . Then turn adah , adah dah takut sangat adah bace bismillah . adah pun jerit 'mak' semua gelak sebab kuat sangat adah jerit . padahal tak jauh mana pun . then adah tutup mata . adah taktau dah sampai , bontot adah terlanggar bende . bodoh betul habis seluar adah koyak . memalukan . lepas turun adah terus lari sebab malu .


Flying Fox


then cikgu suruh mandi and pergi makan and solat . lepas je semua tu adah pun pergi dewan sebab acara penyampaian hadiah . and acare pun berakhir . dan tamatlha stori , and start dari harini adahh tekad nak cari mamat tuh ! Sekian




Tiada ulasan:

Catat Ulasan