Farid

Asalamualaikum. Dah lama takmerepek sorang-sorang dalam blog. Harini aku nak cerita banyak tajuk. Ada 3 tajuk. 2 happy and 1 sedih. Aku nak mula cerita kisah sedih dulu ahh. Sebab aku sedih dulu baru aku happy :D Mesty korang ingat aku nak keluar asrama? Bukann ahh. Ni aku nak cerita pasal Fariduddin a.k.a suami tercinta aku tu. Nak tau apa dia buat? Aishh. Percaya tidak dia buat aku menangis and air mata aku gugur? Dia takpernah buat aku menangis. Selama ni dia buat aku happy and marah. Kalini sedih gila sampai air mata banyak keluar and last-last air mata aku dah kering. Tapi lama gilaaa ah aku cakap aku nagis sampai mak pun tau aku menangis. Nampak tak aku nagis dengan ikhlas sampai mak pun tahu? Mana mak tahu? Meyh aku nak cerita kenapa dia buat aku menangis.

Hari jumaat je lepas sekolah aku cepat-cepat text dia. Aku cakap "Sorry sebab saya takbalik dengan awak harini" Aku takbalik dengan dia sebab aku nak tunjuk dekat dia yang aku merajuk dengan dia. Aku merajuk dengan dia sebab dia kalau jalan dengan aku masa nak balik, apak laju ahh. Better takpayah balik sama-sama kann? Lepas tu aku letak fone bawah bantal. Aku pergi rendam baju dalam tempat basuh sementara tempat basuh baju masih kosongg. Lepas aku rendam aku terus pergi katil amik fone. Aku terkejut ahh bila ada dua mesej dari dia. Aku bukan satu dulu "Ouh okey" lagi satu text dia cakap "Mia, saya ada benda penting nak cakap dengan awak" Masa tu jantung aku dah dup dap dup dap. Aku cepat-cepat cari isma sebab masa tu isma je ada dengan aku. Nak cari yang lain dieorang semua tengah makan. Aku cerita dengan isma. Then aku call farid, farid pulak takangkat. Lagi menyakit kan hati dia tutup call aku. Tiga kali aku call dia, tiga kali dia matikan. Then dia mesej aku dia cakap " Jangan call" Aku ikut permintaan dia. Aku balas

Aku: "Okey. Apa yang awak nak cakap?" 
Farid: "Sebernanya aku rasa hubungan kite takboleh teruskanlha"

Yaallah, time tu aku nak pengsan. Aku cepat-cepat jerit nama isma. Isma terkejut sebab masa tu dia nak tidur. Fone dekat tangan masa tu dah jatuh sebab aku terkejut sangat. Isma amik fone tu then isma bace. Aku dah menangis masa tu. Isma suruh bersabar. Masa tu aku dah melalak. And start dari situ teah masuk dorm. Teah dengar aku nagis cepat-cepat dia tanggalkan stokin then cepat-cepat duduk atas katil isma sebab aku duduk dekat sebelah katil isma. Cepat-cepat aku cakap dekat teah yang farid minta putus. Muka teah cuak gila masa tu. Aku terus nagis. Semua budak dorm aku mula masuk. Aina datang dekat tempat aku. Dia duduk sebelah aku, aku terus peluk dia. Aina orang pertama aku peluk. Aku terus melalak. Aku nampak budak dorm 5 and 7 masuk sebab maybe dieorang dengar aku nagis. Ima terus tutup langsir and kunci pintu. Aku terus jerit "Siapa bukan budak dorm 6 keluar sekarang" Gelabah gila dieorang semua keluar. Mana taknya, lepas kene tengkin maybe dieorang takut.

Aku: "Kenapa? Cuba cakapkan sebab tertentu. Kau mesty couple dengan zyra? Cuba kau jujur -Aina type-
Farid: "Zyra pun couple dengan fikhri sekarang so dia takde kene mengena. Sejujurnya aku dah taktahan dengan kau punya cemburu yang lebihlebih tu lagi satu lagi sebab haritu kau dah pernah mintak putus dengan aku pastu sejak hari tu aku tahu yang kau dah takpercaya dengan aku lagi dan hati aku time tu terus hancur. So setakat sini jelha hubungan kita tapi kita still bole kawan

Lepas tu aku cuba try call dia. Dia takangkat. Aku cuba try lagi. Air mata aku dah gugur banyak masa tu. Air mata aku dah bertakung macam kolam renang. Then aku mesej dia suruh dia angkat. Dia cakap battery fone dia low. Aku kata itu alasan. Dia kata battery dia dah nak mati.

Aku: "Serius aku cakap aku memang kuat cemburu. Aku mintak putus dengan kau haritu sebab bukan aku takpercayakan kau lagi, kawan kau hina aku aku. Aku sakit hati tau. Kau sebagai pakwe aku kau kene backup aku. Kau sendiri cakap yang kau sayangkan aku. Tapi kenapa kau buat aku macam ni.? Aku sayang kau weyh. Serius
Farid: "Aku mintak maaf, bukan aku takcuba tapi dah memang aku takboleh nak sayang kau lagi. Kau simpan jelah sayang kau tu untuk lelaki yang sayang kau jugak. Setakat ni jelha hubungan kita. Aku nak mintak maaf sangat-sangat.

Lepas je dia cakap "Simpan jelha sayang kau untuk lelaki yang sayangkan kau" aku terus berhenti menangis. Aku terus kesat air mata aku. Aku cakap dalam hati " Samapi hati awak cakap macam tu. Nampak sangat awak taksayangkan saya".

Aku: " Takpelha. Lagipun kau pun dah taksayang aku kann? Okey. Kita kawan. Muhammad fariduddin bin Md Nawawi kita putus. Thanks sebab kau sudi jadi suami aku. Thanks

Lepas tu dia cakap apa tah sebab aku terpadam text dia 

Aku: " Never mind. Aku takkisah. Terima kasih sebab kau game aku. Thanks
Farid: "Bukannya aku nak game kau tapi kau buat sendiri buat hati aku berubah
Aku: " Kau takpernah faham. Kau tau tak selama ni aku derita dengan perangai pemalu kau. kau malukan aku. Kalau kau dah cakap macam tu, aku minta maaf.

Terus dia takbalas text aku. Maybe dia siap-siap pergi sembahyang jumaat. Maybe ahh. Teah cakap aku menangis sampai satu aspuri dengar. Aku gelak. Aku cakap teah tipu. Teah cakap " masalahnya masa kau nagis, ramai pulak depan dorm kita" aku still gelak lagi. Tiba-tiba mira cakap dia otw nak pergi aspuri sebab nak hantar camre. Aku pun cepat-cepat siap sebab kejap lagi mira sampai. Masa nak tunggu mira, aku sempat lagi kemas semua diari, baju, surat, seluar, gambar and air kotak yang dia pernah belanja aku dekat banting aku masukkan dalam plastik. Then aku tulis satu surat untuk dia. Then tiba-tiba mira call dia cakap dia dah sampai aspuri. Cepat-cepat aku turun pergi jumpa mira. Aku lari then aku nagis dekat mira. Aku cerita smua dekat miraa. Mira suruh aku bersabar. Dia call farid tapi takangkat. Aku pulak lupa nak cakap dengan mira yang maybe farid takangkat sbb dia pergi smbahyang jumaat. Mira terus call mijan. Terus aku cakap yang maybe dieorang takangkat sbb sembahyang jumaat. Terus mira gelak. Dua jam aku lepak dengan mira depan aspuri. Dahlha tengah panas masa tu. Lepas je dia cakap dia nak bla, aku terus naik. Amik baju kriket farid. Aku nak basuh baju tu sebab selama sebulan dia bagi aku baju dia, aku takpernah basuh. Aku memang pakai baju tu tapi sekejap. Tapi selama ni aku cuma peluk and cium bau badan dia.

Then aku suruh shera rendam baju farid. Lepas tu sambung tulis surat untuk farid. Lepas tu aku terus siap nak pergi prep. Lepas prep aku sembang dengan ekin kejap. Dia tanya betul ke aku putus dengan farid. Aku senyum. Aku cakap aah. Dia cakap "kau percayalha cakap aku, dia mesty nak sambung balik relay dengan kau" Lepas sembang dengan ekin, aku terus baring dekat katil. Aku amik diary yang aku tulis pasal farid, aku baca lepas tu aku terlelap. Masa aku tengah mamai, aku dengar suara aina tengah jerit. Aku takbangun tapi aku still mamai. Isma cakap aku sebut nama farid masa aku tidur. Apak ahh. Then time aku tengah syok-syok tidur dieorang kejut aku. Dieorang cakap mak aku sampai. Terus aku bangun and kesat airmata. Aku terus pakai tudung. Mak suruh aku masuk dalam kereta. Aku duduk sebelah mak. Mak tanya " kau menangis ke tot?" "Mana ada" Lepas tu mak terus bebel. Then lepas je salam tangan mak, aku terus keluar. Masuk asrama. Then aku mandi. Tiba-tiba aku amik fone and aku call yazin. Aku suruh dia datang aspuri. Aku nak lepak dengan dia. Then dia takdatang aspuri. Dia cuma tunggu aku depan pagar. Aku pun pergi. Lepas tu lepak ahh dngan yazin. Aku cerita dengan dia yang aku dah putus dengan farid. Dia cakap " Patut ahh mata mia lain macam je abang tengok" See, dia pun perasan mata aku lain. 

Lepas je balik dari date dengan yazin, aku terus baring nak rehat kan badan. Pukul 7.15 aku cepat-cepat siap sebab lepas maghrib ada jamuan birthday dekat aspura. Aku cuma simple. Pakai baju merah. Masa tu aku happy sangat sebab isma, aina, teah, farah, dayah, ima and kuni ada dengan aku. Dieorang bagi aku semangat. Dieorang cuba buat lawak dan lawak dieorang menjadi. Birthday party mesty ada belon yang besar kann? Ha, belon tu pantang aku nampak confirm aku lari. Lepas je makan. Dieorang main pecah-pecah belon. Aina dengan isma amik belon yang besar tu kejar aku sebab nak takutkan aku dengan belon. Aku memang takboleh kalau belon besar-ii ni. Bak kata teah " Muka ganster tapi takut belon" Aku kalau terperanjat aku melatah. Kalau melatah benda elok takpe, ni tak. Nanti aku mencarut. Takpun aku akan buat mulut. Lepas tu kiteorang gambar sakan. Nak masukkan gambar tapi internet lembab. Nanti aku masukkan. Then lepas je balik dari aspura, aku lepak dengan teah and isma. Masukkan gambar dalam lappy. Aku bawak lappy dekat asrama. Then aku nampak farid online. Aku nak tegur tapi aku takut. Aku biarkan je dia

Then line pulak apak lembab. Aku bawak lappy pergi dekat dengan pintu sbb teah cakap dekat situ line laju sikit. Lajunya sikit je. Bukannya laju banyak. Then aku on skype. Bosan gila. Aku pun skype dengan saiful mana tah. Sebaya dengan aku. syok-syok skype tiba-tiba teah cakap fone aku bergegar. Aku puas cari dekat isma fone aku. Dia cakap atas katil aku. Aku pun cari. Tengok-ii farid call. Aku terkejut beruk. Aku pun angkat ahh. 

Farid: " Ni siapa?
Aku: " Damia"
Farid: " Kenapa off fone?"
*dalam hati* eh, bila masa aku off fone. 
Aku:" Eh, mana ada
Farid: " Habis tu saya call takdapat"
*dalam hati* apa yang dia cakap ni. Dia call aku dapat je. Eh, lupa pulak. Yang farid tengah call sekarang number baru aku. 
Aku: " Kawan saya pakai fone saya. Fone saya banyak lagi battery. Fone dieorang dah habis. So, saya bagi ahh pinjam *terpaksa menipu
Farid: " Boleh tak awak on number awak."
Aku: " Kenapa?"
Farid: " on jelha"
Aku: "Cakap jelha"
Farid: " Susah nak cakap. Awak on je sim awak tu"
Aku: "Okey"

"Awak saya nak minta maaf sebab saya minta putus. Sebernanya saya nak test awak je, saya still sayangkan awak. Saya mintak maaf sangat-sangat"

Aku terkejut gila masa tu. Aku terus jerit nama teah and aina sebab masa tu dieorang belum tidur lagi. Dieorang tengah skype dengan saiful. Then dieorang cakap keputusan ada dekat tangan aku. Aku menangis tapi air mata aku takboleh turun sebab air mata aku dah kering masa tu. Then aku tukar sim pakai number baru aku. Aku terus call farid. Aku cakap aku terima dia balik. Theniteorang sembang macam biasa. Serius aku cakap aku taksanggup kehilangan farid. Setiap kali aku solat aku mesty berdoa agar hubungan aku kekal. :D So, aku dah cerita sekai tiga cerita.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan