Bungaaa

Dah berapa hari taknampak bunga dari jarak dekat. Hari isnin cuma nampak dia dekat perhimpunan. Itupun nampak dia masa dia naik pentas sebab ada perlantikan pengawas. Then dia dapat piala sebab dia Kapten Kriket. Hari selasa, aku takdatang sekolah sebab aku demam. Demam rindu ohhh. Eh, bukan demam rindukan bunga, tapi aku rindukan abah. Then hari rabu aku taknampak dia langsung. Isma cakap dia ada nampak bunga dekat kantin. Padahal aku taknampak pun. Then masa balik pun dia ada nampak bunga. Kalaulha cikgu ramala bagi keluar awal haritu, confirm aku dapat date dengan bunga. Lepas tu hari khamis taknampak. Ada jugak aku cari bayang dia dekat kantin. Then lepas rehat saja je lalu depan kelas dia nak tengok dia ada dalam kelas ke tak sbb rindu sangat nak tengok muka dia. Sekali bila tengok tempat duduk dia, dia takde. Kecewa gila aku masa tu. Then, hari jumaat, aku nampak dia panjat pagar sekolah pakai baju warna merah beg hitam. Masa tu aku dekat kantin. Aku dekat kantin sbb ada ceramah and sekali gus program Aku Janji untuk pelajar Spm and Pmr. Itu pun sekejap je aku tengok muka dia sbb dia langsung takpandang muka aku. Takpelha, janji aku dapat lepaskan rindu aku dekat dia even nampak muka dia dari jauh. Hummm. Isma kata masa hari rabu, dia nampak bunga macam tunggu someone dekat pondok. Err, bapak sedih ahh. Tah-tah dia tunggu aku. Ahhhhh. Menyesal gila balik lambat masa tu. Berrr

Lepas tu tadi, aku ambik coklat cadbury yang dahlama aku simpan. Rasanya dah dua minggu aku simpan. Nak bagi dekat bunga,. Tapi keadaan tak mengizinkan. Lepas tu, aku ada jumpa adik sedara bunga. Aku panggil dia lepak dekat dorm aku. Lepas tu aku amik sapu tangan yang aku baru beli dekat kedai dekat Salak Tinggi aku gabungkan coklat cadbury dengan sapu tangan then aku ikat guna getah rambut yg belum aku pakai. Hahaha. Bapak kelakar kay. Then aku tulis surat. Maknanya ada 3 benda dalam satu ikatan. aku bagi adik sedara bunga supaya bagi dekat bunga. Harap-harap dia makan cadbury yang aku bagi sebab haritu aku bagi dia coklat Vochelle perisa Hazel Nut dia takmakan. Dia cakap mak dia makan. Alahai, sedihnya. Nak nagis pun ada masa tu. Hummm.


Coklatnya yang aku bagi sampai dia takmakan macam ni. Tapi saiznya kecik sikit dari dalam gambar. Hummm. Maybe dia takmakan sebab dia taksuka makan coklat ataupun dia taksuka makan kacang ataupun dia taksuka perisa yang aku bagi ataupun ada benda yang lain ataupun dia nak bagi mak dia rasa bakal menantu bagi coklat. Eh, hahahaaa.


Kalini aku bagi bunga coklat perisa Black Forest. Mintak-mintak dia suka. Dalam surat tu aku tulis dia patut makan coklat yang aku bagi. Then aku cakap kalau dia menangis, dia kene lap air mata dia pakai sapu tangan yang aku bagi. Cewah. Hahhaa. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan