nothing to say

Asalamualaikum,

setelah sekian lama aku tak update blog. Dulu busy dengan spm and now busy dengan kerja. And akan datang, insyaallah aku busy dengan sambung belajar. Aku terlalu banyak sangat nak celoteh. Aku taktau nak mulakan yang mana satu. Mungkin aku akan mulakan dengan rakan seperjuangan ku

Korang tahu kan aku sekola di Smk bukit Changgang. Dan aku lepasan spm. Sedang bekerja sebagai pembantu jualan di 7 eleven ss6d berhampiran giant. Heee

Bismillah,

aku ramai kawan sehingga tidak terkira tapi aku mempunyai beberapa sahabat yang boleh dikira. Aku sayang kan kawan aku. Mimi, mira, umi, shida, zur, eysz, byha, lysa, eryn, eyla, wanie, zaty, pyka, adam, ehsan, deyn, aiman, faiz dan elan. dieorang bukan kawan aku tapi sahabat dunia dan akhirat. Taklupa jugak Isma si sahabat baik aku. Dimana ada aku disitu ada dia. Humm.Dieorang semua tahu masalah aku. Kalau aku ada masalah cuma on whatsapp dan ceritakan. Ada yang bagi pendapat. Ada yang bagi kata semangat. Terima kasih. terima kasih untuk korang. Aku takdapat balas budi korang. Aku break ngn farid, org pertama yang tahu isma and then aiman dan seterusnya yang lain. Bila aku break dengan safuan org pertama aku cari ialah isma dan aku cari whatsapp HAPPY FAMLY dan ceritakan segalanya. Byha bagi kata semangat dekat aku. Zaty tenangkan fikiran aku bila aku bawa hati yang luka. Mimi sedarkan aku. Dn yang lain bagi aku kata kata hikmah. Itu gunanya sahabat. Sahabat susah dicari tapi rakan senang dicari. MELEPASKAN SESEORANG IBARAT MELEPAS IKAN EMAS DIDASAR LAUTAN "ehsan cakap. Even ehsan selalu kene buli dgn aku dia tetap sokong aku apa yang aku buat dan dia lah salah stu sahabat yang susah dicari. Masa aku adaa masalah dengan frid aku selalu cari ehsan atau aiman. Aku takceritakan masalah aku dengan pakwe dengan sahabat perempuan kerana mereka tidak tahu isi hati lelaki. Tapi aku akan ceritakan kepada insan yang bernama ehsan dan aiman. kerana mereka adalah lelaki dan apa yang mereka cakap adalah benar. terima kasih. masa spm haritu aku ingat lagi ehsan baca doa untuk kita dipermudahkan jawab exam, aku terharu sangat masa tu,. aku takpernah aad sahabat yang mendoakan sabahabat lain untuk menjawab exam. Aku rindu akan 5 IR batch 96. Aku rindu sangat. Aku rindu nak deyn urut tangan aku masa aku jatuh tangga. dan tangan aku terus bengkak gila ya amat. teringat masa aku, eqal, zaty, aiman and din kene denda sebab ponteng kelas math. Hahaha. Lawak kan masa tu? lepas je kene denda korang dah taknak ikut aku lepak kann? and cikgu mastura bengang je dengan kita. Terutamanya aku. kannn? nampak sangat kelakar habis. Mimi selalu ada dikala aku jatuh. dia yang bangunkan aku. Dia suruh aku kuat. Apa yang terjadi kat aku dia selalu ada dibelakang dan sokong aku. Din. Aku harap kau bahagia dengan isteri kau. Aku nak kau sayang dia mcm mana aku sayang dia. Kalau boleh tolong sayang dia lebih mcm mana aku sayang dia. Semoga bahagia din dan erin. Lupa nak cakap budak kelas aku ada yg dah kawin. Laki bini satu kelas. Sweet kannn? hummm. Isma selalu ada. Dia mcm mimi. Tapi isma terlalu dibelakang aku. Dia satu asrama dengan aku dulu. Dia dengan aku lain kelas tapi satu dorm. kalau aku sedih setiap mlm, aku akan cari dia dan kongsikan masalah tu. dan sekarang dia ikut aku kerja dekat kelana jaya. humm.Apeapepun. Terima kasih sbb berkawan dengan aku yang ada kekurangan, Sebernanya banyak lagi kenangan aku dengan HAPPY FAMLY. Tapi lain kali aku cerita ehhh

Safuan adalah seorang lelaki yang berjaya buat aku lupakan MUHAMMAD FARIDUDDIN BIN MD NAWAWI. dia hebat bukan? 20.2.2014 aku couple dengan dia. Tapi 28.2.2014 dia undurkan diri dalam hubungan ni. Aku taktau kenapa. Adakah aku tidak cantik? aku sedar aku tak cantik. Tapi kenapa dia sanggup mainkan perasaan aku. Aku sayangkan dia. Tapi aku mudah lupakan dia kerana cinta aku terhadap dia tidak sehebat cinta aku dekat farid. Alhamdulillah. Aku dapat lupakan kedua duanya sekali. Aku bahagia bila disamping wan. Dia selalu marah aku kalau aku ada buat salah. Dia care pasal aku. Dia selalu caring dengan aku. Setiap malam dia akan call dan tanyekan khabar pdahal setiap hari kiteorg whatsapp. Aku pernah cakap ngn mak dia . ' jangan pernah percaya cakap anak makcik. kamu masih muda. makcik harap kamu cuma kawan sahaja dengan wan ' sepatutnya aku perlu dengar cakap mak dia. aku tidak patut percayakan seorang lelaki. dia baik. dia pernah cakap ' kalau tension sepatutnya solat bukan melalak dekat karoke' itu kali terakhir dia marah aku. betul cakap dia. sepatutnya aku solat bukannya melalak. aku sayang dia sebenarnya. aku takboleh kehilangan dia. tapi ternyata itu semua salah. Aku bodoh. Sebernanya aku boleh kehilangan dia. Aku dah buat silap besar. Aku dah buat silap besar. 

Aku suka sangat dapat kawan baru ditempat kerja. Manager aku cantik. Comel . Kecik je orangnya. Namanya Shahriani. Tapi orang panggil Ann. dekat 7e tu ada pelbagai bangsa. Aku dapat kawan ramai. Chua, imah, kak wathi, vaishu, bhoom, hasan and taklupa ciusin tersayang usman. bebudak 7e selalu buat aku hapy. kalau aku ada konfilik keluarga, cinta dan kawan aku akan cerita dekat kak wathi. Kak wathi bangsa india. tapi dia ni baik orangnya. dia dah ada suami dan 6 org anak. kak ann ni pulak suka perli aku. kalau aku kerja pakai earfone mesty dia selalu cakap "kau ni dah la hodoh. pekak pulak tu" kekadang rasa nak cili je mulut manager aku ni ha. celupar sangat. tapi dia bak hati. suka belanja makan. heeee.

apeape pun adah rindukan abah. miss abah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan