Asalamualaikum.

Harini merupakan hari paling sakit hati bagi aku. Hari buat aku menangis. Hari buat aku merana untuk sementara. Kenapa aku menangis? Kenapa aku merana untuk sementara? Ini semua kerana Shahman. Kerana Shahman bengong tulha. Ada pulak dia cakap dekat twiter yang dia single. Bila aku dapat tau, terus aku call dia. Aku minta penjelasan dari dia. Dia cakap b copy status orang. bukan betul pun. Agak-agaklha kalau nak copy pun kann? Copy lepastu letak dekat twiter yang dia single. Itu namanya manusia masuk kandang singa. Aku marah dia puas-puas.

Then tengah hari tadi aku saja tanya dia pasal


B, awak ada makwe lain eh?
Mana ada
Awak tipu kan?
A'ah, saya ada makwe baru. 

lepas dia cakap macam tu. Hati aku berkecai macam kaca yang bertaburan. ecewahh. hati aku luruh masa tu. aku menangis tapi aku taknak dia tau aku menangis. Aku diam je. Aku ambil Aiman then aku letak dekat mulut aku. Aku menagis. Dia tanya aku menangis ke? aku jawab mana ada. Saya selsema je lepas tu kiteorang terus cakap pasal makwe baru dia. aku terus menangis masa tu. Sumpah aku cakap aku sayang dia sangat. Dia cerita nama makwe baru dia. Aku cakap dengan dia kalau dia sayang aku lepaskan perempuan tu kalau dia sayang perempuan tu lepaskan aku. Tapi dia cakap dia sayang dua-dua. Tamak betul shahman ni kan? Aku tanye dia awak couple dengan saya cuma nak game kan saya ke? dia cakap  mana ada, takbaik gamekan orang ni. bengong betul. Kalau dah couple dua sekali gus mestylha nak game orang. 

Then aku cakap dengan dia yang aku nak cari pakwe baru. Dia suruh aku cari pakwe baru sebab dia dah cari makwe baru. Lagilha aku menangis. Aku diam je apa yang dia cakap. Dia tanya aku, aku menagis ke. Aku cakap a'ah. Then dia pujuk aku. Siapa tak menangis kalau orang yang kita sayang suruh kita cari pakwe baru and orang yang kita sayang cakap yang dia dah ada makwe baru. Sumpah aku cakap lagilha aku menagis bila dia cakap macam tu. Dia cakap macam aku ni bukan makwe dia. Aku taktau nak buat apa masa tu melainkan menangis. Aku cuba jadi perempuan kuat. Tapi, aku gagal. Aku gagal jadi perempuan tabah dalam hal pencintaaan. Ecewah. 

Tiba-tiba aku berhenti menagis and dia pulak cerita pasal famly dia. Dia cerita pasal cita-cita dia. kesian jugak aku tengok dia. Ishh, b saya harap awak takkan tinggalkan saya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan